Rabu , 08/06/2005 –Seorang remaja perempuan rakyat Palestin telah ditangkap oleh tentera rejim Zionis dalam perjalanannya ke sekolah hari ini di bandar Khalil (Hebron).
Beliau dikatakan telah melakukan beberapa kesalahan, yang pertamanya, beliau memakai purdah dan tidak mahu membukanya di hadapan para tentera rejim bila diminta melakukan demikian.
Kesalahan kedua yang dilakukannya ialah beliau telah membawa al-Quran, manakala kesalahan ketiga pula ialah beliau didakwa membawa pisau dapur bersamanya. Sehingga kini remaja tersebut masih lagi di dalam tahanan para tentera rejim Zionis.