Sabtu, 13/02/2010 – Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas menuduh penjajah Israel menyerang kem pelarian Shafat di Jerusalam dalam usaha mendirikan satu negara yang sepenuhnya Yahudi dan bersifat fanatik.
Beliau berkata kepada media pada hari Khamis penjajah Israel berusaha untuk mengucar-kacirkan suasana di Palestin, menekan rakyat Palestin serta mengambil kesempatan kelemahan pihak berkuasa Ramallah, sikap diam diri negara Arab dan masyarakat antarabangsa.
Barhoum menyeru negara Arab mengambil pendirian tegas untuk mengekang kemaraan penjajah Israel dan sekiranya tiada tindakan diambil maka penjajah Israel akan meneruskan proses pengyahudian Jerusalam, memusnahkan masjid al-Aqsa dan melakukan lebih banyak penyembelihan rakyat Palestin.
Dalam satu bancian akhbar Yahudi, Ha’aretz, menunjukkan 75% Yahudi di Israel mahu rakyat Palestin dikeluarkan dari Jerusalam pada masa depan jika negara Palestin ditubuhkan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous