Sabtu, 13/02/2010 – Tentera penceroboh Israel pada pagi Khamis lalu telah menahan 10 pemuda dari bandar yang dahulunya dikenali sebagai Dugit, utara Semenanjung Gaza kerana mendakwa bahawa pemuda-pemuda itu sedang menghampiri tembok pemisah.
Satu unit infantri tentera Israel telah menyerang hendap pemuda-pemuda tersebut yang sedang mengutip batu-batu kecil di kawasan itu, sementara beberapa orang yang lain berjaya melarikan diri.
Selain meneruskan polisi pengasingan, tentera penceroboh Israel terus-menerus menjalankan kempen penangkapan rakyat (Palestin) yang tinggal di kawasan sempadan.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa