Categories
Berita Semasa

Ratusan penduduk berpusu-pusu melawat makam Nabi Yusuf dengan pengawalan askar rejim Zionis.

Sabtu,  13/02/2010 – Menurut sumber tempatan, ratusan penduduk Yahudi berpusu-pusu masuk melawat ke makam Nabi Yusuf di bandar Nablus pada malam Rabu lalu dengan perlindungan tentera rejim Zionis.

Para saksi menyatakan bahawa terdapat konvoi beberapa buah bas yang sarat dengan penumpang tiba di makam tersebut, yang disifatkan kunjungan terbesar sejak bertahun-tahun lalu. Mereka mencatatkan bahawa lawatan tersebut dilakukan melalui koordinasi dengan militia Mahmoud Abbas, selaku ketua PA yang mana jawatannya telah tamat tempoh lebih daripada setahun yang lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez