
Isnin , 22/02/2010 – Pihak berkuasa haram Israel mengancam para tahanan Palestin yang telah dibebaskan dengan kemuflisan, jika mereka terlibat dengan aktiviti anti-pencerobohan selepas dibebaskan dari penjara.
Pusat kajian tahanan penjara melaporkan pada Rabu lepas bahawa pihak berkuasa haram Israel merosakkan kegembiraan para tahanan yang dibebaskan melalui beberapa kaedah.
Tahanan-tahanan penjara berkata bahawa mereka yang dibebaskan dilarang meraikannya dengan rakan-rakan mereka yang belum dibebaskan dan dikurung bersendirian di tempat pengasingan selama 48 jam sebelum dibebaskan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa