Isnin , 22/02/2010 – Pada petang Ahad (21/2), berlaku tanah runtuh di kawasan pintu masuk pasar Khan al-Zeiyt di Bandar Lama al-Quds, sepanjang 2 meter panjang dan lebar, dengan satu meter kedalaman. Ia berlaku dengan sebab penggalian berterusan yang dilakukan oleh pihak Zionis di bawah Bandar Lama tersebut.
Syeikh Ikrimah Sabri, ketua Lembaga Tertinggi Islam dan khatib Masjid al-Aqsa berkata dalam satu kenyataan yang diberikan kepada Pusat Media Palestin pada hari Ahad (21/2/): “Kejadian tanah runtuh seperti ini berlaku akibat penggalian yang dilakukan pihak Zionis.” Beliau menegaskan Bandar Lama terdedah kepada beberapa kejadian tanah runtuh yang membahayakan akibat daripada penggalian tersebut.
Beliau juga mengatakan kebanyakan bangunan di Bandar Lama sudah usang, tidak mampu bertahan menghadapi kerja-kerja penggalian di bawahnya. Sebelum ini, beliau pernah memberikan amaran tentang bahaya tersebut tetapi langsung tidak diindahkan oleh pihak Zionis.
Seterusnya beliau menambah penggalian tersebut tidak akan dapat dihentikan melainkan dengan campurtangan dan pendirian tegas antarabangsa dan Arab agar Zionis memberhentikannya. Segala bentuk tekanan hendaklah dikenakan termasuk diplomatik, perdagangan dan ekonomi.