Categories
Berita Semasa

Mussa : Arab akan menyebelahi Lubnan jika diserang Israel.

Selasa , 23/02/2010 – “Jika serangan atau ancaman baru sedang dalam proses disediakan, mereka (Israel) tidak akan dapat lakukannya dengan mudah,” Mussa berkata selepas bermesyuarat dengan menteri luar Ali Shami. “Kami belajar daripada pelajaran 2006, dan kedudukan Arab adalah menyebelahi Lubnan.”

Mussa tidak menghuraikan apa yang dimaksudkan dengan pelajaran 2006 dan apa jaminan sokongan itu.

Israel melancarkan serangan pemusnahan udara, darat dan laut pada Lubnan pada julai 2006 setelah gerakan gerila Lubnan Hizbullah menangkap 2 askar rejim Zionis pada serangan merentas sempadan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hasbullah