Categories
Berita Semasa

Nizal menuduh Dahlan terlibat dalam pembunuhan al-Mabhouh.

Selasa, 23/02/2010 – Muhammad Nizal, seorang pimpinan HAMAS menuduh Muhammad Dahlan, pemimpin sayap revolusi gerakan Fatah terlibat dalam jenayah pembunuhan Mahmoud al-Mabhouh, pemimpin Briged al-Qassam yang dilaksanakan oleh agen perisikan Mossad Zionis di Dubai pada bulan lepas.

Nizal berkata dalam satu kenyataan kepada laman web al-Jazeera.net pada hari Khamis (18/2): 泥ua orang Palestin terlibat dalam operasi pembunuhan al-Mabhouh, yang turut serta bersama-sama dengan sekumpulan agen yang terdiri daripada 11 orang. Mereka berada di bawah agensi Mossad. Kedua-duanya ialah Ahmad Hasanain, bekas anggota agensi perisikan Palestin, dan Anwar Syuhaibir, bekas anggota badan yang dinamakan sebagai Badan Keselamatan Simpanan Palestin. Kedua-duanya bekerja di Dubai, di sebuah syarikat hartanah yang dimiliki oleh Muhammad Dahlan.

Seterusnya Nizal menjelaskan bahawa Hasanain dan Syuhaibir pernah bertugas dengan Pihak Keselamatan di Semenanjung Gaza dan kedua-duanya melarikan diri dari sana selepas penyelesaian ketenteraan pada tahun 2006.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir