
Khamis , 04/03/2010 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, menyeru agar sidang kemuncak Arab yang akan diadakan di ibu negara Libya hujung bulan ini untuk mengusulkan isu Tahanan Palestin di dalam Penjara Rejim Israel.
Haneyya, di dalam ucapan Selasa lalu untuk merasmikan kempen nasional bagi mempertahankan hak-hak tahanan, telah meminta para pemimpin Arab untuk mempersoalkan tentang tahanan tersebut di semua platform Arab, sejagat dan antarabangsa.
Dia mencadangkan supaya ditubuhkan satu Dana yang dinamakan Dana Tahanan Palestin untuk membantu tahanan dan keluarga mereka. Dia berkata bahawa negara-negara Arab dan Islam akan menyumbang untuk dana ini yang juga akan digunakan untuk hal-hal perundangan dalam menangani kes mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil