Categories
Berita Semasa

Goldstone gagal cabar tujuan pencerobohan ke atas Gaza.

Khamis , 04/03/2010 – Richard Silverstein merupakan salah seorang pemilik blog yang terbaik yang menulis berkaitan Israel. Baru-baru ini beliau telah diwawancara oleh stesen tv Seattle (Washington State) berkenaan laporan Goldstone. Wawancara tersebut boleh diakses di blog Silverstein – Tikun Olam. Wawancara yang panjang itu berbaloi untuk ditonton kerana beliau mempertahankan laporan Goldstone dengan berani, jelas dan meyakinkan.

Walaubagaimanapun, Silverstein tidak membincangkan kesilapan terpenting yang dilakukan oleh Suruhanjaya Goldstone iaitu walaupun laporan tersebut dengan berani dan penuh yakin melabel tindakan Israel ke atas Gaza sebagai jenayah perang, ia gagal mencabar pertikaian yang menyatakan sekalipun Israel telah mencabul undang-undang, ia sebenarnya menjalankan haknya untuk mempertahankan diri semasa menyerang Gaza. Barangkali ini bukanlah kesilapan besar dari segi pemutusan polisi yang digunapakai oleh Suruhanjaya Goldstone dengan harapan untuk mengurangkan persengketaan yang dijangka timbul setelah laporan itu didedahkan. Walaupun taktik dan permainan politik yang dilakukan itu boleh difahami, kesannya amatlah besar.

Sebarang perbincangan tentang polisi dan tindakan Israel ke atas Palestin sepatutnya dan wajib dimulakan dengan fakta terpenting yang seringkali dan memeranjatkan, seolah-olah terlepas pandang iaitu pencerobohan Israel serta kekerasan dan kekejaman yang dilakukan. Inilah isu utamanya, bukannya bentuk-bentuk penentangan yang dilakukan oleh rakyat Palestin. Ya, memang benar kita tidak dapat menerima keganasan, tetapi Israel telah dan berterusan mengatasi (dari segi kekejaman) segala bentuk penentangan rakyat Palestin, termasuk penentangan tanpa senjata.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa