Qorei Ancam Tangguh Aktiviti

Rabu , 15/06/2005 –PM Palestin, Ahmed Qorei mengancam akan menangguhkan semua aktiviti yang telah dirancang oleh kerajaannya jika keadaan masih lagi bergolak. Ini terjadi apabila 2 orang mati ditembak oleh kumpulan yang tidak diketahui.

Menurut satu sumber, mengumumkan bahawa mereka yang terbunuh itu adalah akibat serangan kumpulan bersenjata di Semenanjung Gaza.

Sementara itu Presiden Palestin, Mahmod Abbas berkali-kali berjanji untuk mengatur keamanan dan membentuk suasana yang stabil dan tenang.
Beberapa kes dan kejadian keganasan yang telah berlaku sejak kebelakangan ini menggangu proses keamanan.