Seorang Syahid, Manakala 4 Ditahan

Jumaat , 17/06/2005 –Ramallah – Seorang tahanan Palestin di pusat kem soal-siasat zionis-Israel di Galel wilayah utara Palestin meninggal(baca:syahid). Sementara itu 4 orang pemuda Palestin ditangkap oleh Zionis-Israel.


Radio Palestin menegaskan, bahawa tahanan yang belum dikenalpasti identitinya itu meninggal 4 hari lalu setelah dia dipindah dari penjara sebelumnya. Pihak penjara Zionis-Israel juga tidak dapat memberi kepastian sebab kematian tahanan Palestin tersebut. Yang lebih aneh, pihak Zionis-Israel menganggap kematian itu sebagai bunuh diri.

Sementara itu pasukan Zionis-Israel bertindak menangkap 4 pemuda di perkampungan Kafr Nakmah barat Ramallah. Mereka yang ditangkap ialah Abdun Naser Muhammad Adi (30), Muhammad Nukman Abu adi (22), Khalid Sulaiman Athaya (31), Ahmad Abdu Nassar (20), Zionis-Israel mengsyaki, bahawa kesemua pemuda itu adalah anggota Jihad Islami. Ini menunjukkan perasaan takut Zionis-Israel yang terus-menerus membuat penangkapan walaupun tidak mempunyai bukti.