Rabu , 10/03/2010 – Kerajaan AS komited untuk memainkan peranan dalam rundingan tidak langsung antara Israel dan Palestin dan berjanji jika rundingan itu gagal, Amerika Syarikat akan menyalahkan dirinya dan mengambil tindakan menanganinya, berdasarkan sebuah dokumen yang dihantar oleh Amerika Syarikat kepada Palestin yang diperolehi Haaretz pada Jumaat lalu.
Kerajaan AS menghantar dokumen kepada Palestin sebagai respon persoalan mereka mengenai inisiatif AS untuk memulakan rundingan tidak langsung antara Israel dan Palestin. “Kami berharap kedua belah pihak bertindak serius dan dengan niat yang baik. Jika sebelah pihak dalam penilaian kami, tidak bersama-sama dengan harapan kami, kami akan menjelaskan keprihatinan kami dan akan bertindak bagi mengatasi rintangan itu,” itu ditulis.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz_79