Rabu , 10/03/2010 – Amerika Syarikat menyokong keputusan yang dibuat kerajaan Israel berkenaan dengan pembinaan 112 unit penempatan di Beitar Eliyet di Tebing Barat. Ia berlaku selari dengan perisytiharan permulaan rundingan tidak langsung antara pihak pentadbiran Ramallah dengan regim Zionis di bawah tajaan Amerika.
Washington tidak menganggap persetujuan kerajaan Zionis untuk membina unit penempatan tersebut di Tebing Barat sebagai melanggar keputusan kerajaan Zionis sebelum ini yang membekukan segala proses pembinaan penempatan.
B.J. Crawley, jurucakap Kementerian Luar Amerika Syarikat berkata kepada para wartawan bahawa pada masa sekarang kedua-dua belah pihak hendaklah berhati-hati ketika melakukan sesuatu di kawasan ini yang mungkin boleh ditafsirkan secara silap. Beliau turut menambah bahawa menjadi kewajipan kepada kedua-dua belah pihak untuk memahami kepentingan pihak lain serta kefahaman yang mereka pegang agar peluang tidak dibuka kepada pihak-pihak yang sentiasa mahu menggagalkan proses damai.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
One reply on “Washington: Pembinaan 112 unit penempatan sah.”
sah? ini ke ciri2 org yg diberi anugerah nobel keamanan?? zzzzzzz