
Khamis , 11/03/2010 – Sehari selepas pihak Palestin bersetuju untuk menyambung semula perbincangan ke arah perdamaian dengan Israel, pihak berkuasa penceroboh Israel pula meluluskan pembinaan 112 pangsapuri baru di Tebing Barat walaupun mereka telah berjanji untuk mengurangkan pembinaan penempatan baru.
Berita tentang pembinaan baru di penempatan Beitar Illit muncul ketika US cuba menyelamatkan proses perjanjian damai di mana wakil khas Washington ke Timur Tengah, George Mitchell, sedang mengadakan perbincangan dengan pemimpin Israel dan Palestin.
Pada November lalu, Israel telah bersetuju untuk menghadkan pembinaan penempatan di Tebing Barat tetapi menolak sebarang had di Timur Jerusalem.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa