Categories
Berita Semasa

HAMAS: Peluasan penempatan Yahudi hasil rundingan semula.

Khamis , 11/03/2010 – HAMAS menganggap keputusan kerajaan regim Zionis membenarkan pembinaan 1600 unit penempatan baru adalah hasil daripada keputusan jawatankuasa pemantauan Arab dan kuasa pasukan Oslo yang memulakan semula rundingan sia-sia yang hanya menggambarkan kehendak Amerika dan Zionis.

Ia menambah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Medianya pada hari Selasa (9/3) yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa keluarnya keputusan tersebut sehari selepas keputusan Zionis sebelumnya yang meluluskan pembinaan 112 unit penempatan di Tebing Barat, menegaskan dan membenarkan apa yang kami nyatakan sebelum ini, bahawa sambungan semula rundingan tidak langsung hanya merupakan alasan untuk mereka meneruskan pembinaan penempatan, mengyahudikan bandar al-Quds dan mencuri tanah suci.

Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa keputusan untuk memulakan semula rundingan sebenarnya bagi menggambarkan kehendak Amerika dan Zionis walaupun akan menjejaskan hak rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir