Gaza , Rabu , 22/06/2005 –
Pergerakan perjuangan Islam, Hamas, berpendapat bahawa Amerika Syarikat dan Israel sentiasa bekerja keras bagi menolak PA terjebak ke dalam kekalutan politik dengan cara mencipta dari masa ke semasa cara-cara baru bagi perbincangan politik dan pertemuan-pertemuan dalam masa yang sama gagal memenuhi permintaan orang-orang Palestin walau satu pun.
Penafian Puak penceroboh Israel terhadap PA memuncak apabila kerajaan haram Israel mengenepikan dan mengecilkan peranan PA ke atas pelan penarikan diri dari semenanjung Gaza bagi mencengkam keutamaan politik dan keselamatan mereka yang jelas dengan sokongan Amerika.?Menurut kenyataan HAMAS di dalam satu kenyataan selasa lepas.
“Sememangnya, penantian bagi pertemuan di antara Abbas dan Sharon tidak akan merubah apa-apa memandangkan agenda Israel lebih menfokuskan kepada penarikan diri daripada Gaza melibatkan semua pihak, termasuk PA sendiri dan dengan ini mereka menolak mana-mana isu yang lain.”menurut mereka lagi.
“Kesemua pertemuan politik di mana PA diheret sama, termasuk pertemuan Sharm Al-Sheikh yang terbaru, membuktikan bahawa ia adalah satu pertemuan yang sia-sia dan memudaratkan kepada persoalan utama Palestin. Pertemuan seumpama itu hanya bertujuan melemahkan dan memenatkan di dalam pertemuan yang sia-sia tanpa mencapai apa-apa keputusan konkrit untuk rakyat Palestin” Tegas beliau.
“Kami di Hamas, telah menekankan berkali-kali akan kepentingan bagi menggariskan strategi yang menyeluruh yang akan mengutamakan kesemua aspek perjuangan dengan melibatkan kesemua kumpulan Palestin supaya tidak mengulang kesilapan ketara masa lepas yang mengakibatkan lebih banyak kekecewaan di pihak rakyat Palestin.” Ujarnya lagi.
“Kami dalam masa yang sama melahirkan rasa terkejut di atas sebab ketua PA bersetuju bertemu dengan Sharom di kediamannya di kawasan yang diduduki di Jerusalem walaupun PA mengetahui ia akan menyebabkan banyak kesan-kesan politik yang memudaratkan dan seolah-olah telah mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu Negara Israel”, Beliau menekankan sambil menggambarkan bahawa tindakan tersebut tanpa asasnya.
“Abbas sepatutnya lebih bijak dan tidak terjatuh ke dalam perangkap Israel memandangkan beliau sedar bahawa isu Jerusalem adalah isu utama di dalam keseluruhan konflik perncerobohan ini.” katanya lagi.
“Maka, pendirian kami di Hamas ialah mengejar pertemuan yang sia-sia dan tidak bermakna tanpa menyiapkan diri dengan strategi yang jelas akan menolak kita ke dalam pencaturan yang merbahaya yang akan pastinya memberikan impak yang buruk kepada persoalan palestin dan rakyatnya”, kenyataan tersebut merumuskan.