Seorang Tahanan Palestin Mati

Jumaat , 24/06/2005 –Seorang pemuda Palestin, Basyar Arif Bani Audah mati (baca:syahid) di penjara Galbu’ Zionis-Israel akibat kesihatannya yang diabaikan oleh pihak penjara.

Seperti yang dikeluarkan oleh Markaz filistini lili’lam, jurucakap tahanan Nadir Al Hazzar menyatakan pemuda yang itu syahid akibat penyakit yang serius. Nadir menegaskan bahawa pihak Zionis-Israel menolak untuk membawa pemuda tersebut ke hospital walaupun keadaan pemuda itu semakin parah.

Sumber Palestin menyatakan sebanyak 178 tahanan Palestin yang syahid di sebabkan siksaan yang dikenakan oleh Zionis-Israel.