Jumaat , 24/06/2005 –Lebih daripada 1500 orang Palestin tersekat di terminal sempadan Rafah dan angka ini di jangka akan bertambah sehingga 2000 orang dalam masa terdekat selepas rejim Zionis (RZ) menyekat laluan, sumber dari Palestin menyebut.
Salim Abu Saffiya, pengarah operasi perpindahan ini berkata RZ menggunakan tindakan ini bagi tujuan mengugut rakyat Palestin.
Beliau berkata lebih 5000 orang rakyat Palestin bercuti di Egypt dan memilih untuk tinggal di hotel di sana daripada tidur di terminal Rafah bagi menunggu krisis selesai.
Pihak RZ telah menutup terminal Rafah dan ini sama sekali melanggar perjanjian yang telah dimetrai.