Rabu , 29/06/2005 – Liga Arab (LA) Isnin lepas memberikan amaran bahawa kerajaan Israel bertanggungjawab memprovokasi penduduk palestin untuk mencetuskan dan menimbulkan kembali “Peristiwa berdarah”.
Hussan Zaki, jurucakap LA berkata kepada PIC, bahawa Negara Ibrani pengisytiharan penerusan polisi pembunuhan kepada komander dan kader-kader penentang Palestin sebagai sesuatu yang amat dikesali.
Beliau menekankan, dalam perkara ini, bahawa polisi pembunuhan tersebut sebagai tidak sah di sisi undang-undang dan penghentian polisi sedemikian adalah selari dengan tujuan menteteramkan keadaan.
Zaki berpendapat bahawa penerusan kepada polisi pembunuhan tersebut akan mencetuskan keadaaan pemberontakan baru selepas pihak Palestin telah menunaikan janji mereka untuk menghormati tempoh ketenteraman berikut.
“Israel berharap bahawa pihak Palestin akan melakukan kesilapan tetapi setelah semangat yang tinggi untuk mengekalkan keamanan ditunjukkan, kini jelas bahawa kerajaan Zionis tidak berminat di dalam komitmen yang ditunjukkan oleh rakyat Palestin dalam kempen ketenteraman dan mereka cuba melakukan provokasi bagi mengeruhkan keadaan” Kata pegawai LA.