Betlehem , Khamis , 30/06/2005 – Tentera Zionis-Israel kembali melakukan operasi penangkapan terhadap pelarian di kem utara. Dlirar Al Izza merupakan salah seorang pemuda yang ditangkap dan pernah ditangkap sebelum ini oleh tentera Zionis-Israel. Salah seorang lagi yang ditangkap ialah Rami Abdullah Al Huraimi. Keluarga Al Huraimi tidak dimaklumkan ke atas penangkapan itu.
Dalam kejadian lain, Brigade Al Quds dan Brigade Alawiyah Naser Shalahuddin serta Brigade Syuhada Al Aqsha bertindak menyerang penempatan Netsyarm Zionis-Israel dengan roket mereka. Serangan itu bertujuan untuk membalas tindakan Zionis-Isreal yang tidak putus-putus menyerang rakyat Palestin yang tidak berdosa di samping kezaliman mereka yang bersifat kebinatangan.