Mari kita sama? mendapatkan jawapan kepada soalan cepu emas tentang Palestin. Moga? dapat kita menyebarkan pada orang ramai seterusnya melenyapkan prasangka buruk kepada perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan kembali tanah mereka yang sekian lama di rogol rejim Zionis
1. Siapakah penduduk Palestin yang sebenarnya?
Sejarah telah menyaksikan bahawa bangsa berketurunan Kan?an merupakan bangsa terawal yang pernah menduduki bumi Palestin. Mereka berasal daripada Semenanjung Tanah Arab dan berhijrah ke Palestin sejak 4500 tahun tahun dahulu. Sejak itu, bumi Palestin dikenali sebagai Bumi Kan’an kerana dominanisasi bangsa tersebut di sana.
Rakyat Palestin yang wujud sekarang ini berasal dari keturunan Kan’an, iaitu bangsa dari masyarakat timur laut Mediteranian yang dikenali sebagai Filistin dan dari bangsa Arab yang berkahwin campur dengan Filistin. Walaupun Palestin sentiasa diperintah oleh pelbagai bangsa dan kumpulan dalam beberapa tempoh, namun rakyatnya yang asal terus duduk di si tu dengan aman.
Apabila Islam muncul, majoriti daripada orang Palestin ini telah memeluk agama tersebut, dan perlahan-lahan mengadaptasi bahasa Arab sebagai bahasa utama mereka, selaras dengan kepesatan perkembangan agama Islam di sana. Bahkan, identiti Islam di bumi Palestin tetap berdiri kukuh dan berpanjangan sepanjang sejarah Islam, bermula dengan penaklukan kuasa Islam pada tahun 15 hijrah (636 M) sehingga sekarang, dan kebenaran fakta ini tetap tidak boleh dinafikan walaupun sebahagian besar penduduk Muslim Palestin (yang dianggarkan seramai 6 juta) telah dihalau oleh pihak Zionis semenjak 1948 dan menjadi pelarian di dalam dan di luar Negara mereka.
2. Bagaimanakah pula dengan dakwaan kaum Yahudi bahawa merekalah penduduk asal bumi Palestin ?
Dakwaan Yahudi bahawa Palestin adalah milik mereka berdasarkan fakta sejarah adalah palsu dan berlawanan dengan hak-hak Muslim Palestin. Ini berdasarkan beberapa hujah, antaranya :
Bergembira mereka di atas tangisan dan darah rakyat Palestin !!
1- Bangsa Palestin (yang dikenali sebagai bangsa Kan’an)dan keturunannya telah mendiami dan memakmurkan bumi ini sejak 1500 tahun dahulu, bahkan sebelum Bani Israel menetap di sana. Mereka menetap di situ sungguhpun di zaman pemerintahan Bani Israel dan terus menetap sehingga kini walaupun selepas hubungan Yahudi dengan bumi Palestin terputus kerana diserang oleh Empayar Babilon pada 365 S.M dan Empayar Rom pada 70 Masihi.
2- Bangsa Yahudi telah memerintah hanya beberapa bahagian dari bumi Palestin (bukan semuanya) dan untuk selama empat kurun sahaja iaitu dari tahun 1000 hingga 586 sebelum Masihi. Pemerintahan mereka telah hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan Assyiria, Kerajaan Firaun, Greek dan Roman, sedangkan penduduk asal Palestin terus kekal di situ. Manakala pemerintahan Islam pula merupakan kerajaan yang paling lama dalam sejarah Palestin iaitu selama 1200 tahun (636-1917 M) terus menerus kecuali satu gangguan dari pemerintahan Salib yang singkat s elama 90 tahun.
3- Hakikatnya, hubungan antara bangsa Yahudi dengan Palestin telah terputus sejak 1800 tahun dahulu, iaitu sejak 135 M hingga Kurun ke 20. Pada ketika itu, mereka tidak mempunyai apa-apa kekuatan dari segi kepimipinan, politik atau tamadun di situ.
4- Bahkan ajaran kitab agama mereka sendiri mengharamkan kepulangan mereka ke Palestin. Sebab itulah gerakan Zionis yang menyeru kepada kepulangan bangsa Yahudi ke Palestin dianggap sebagai gerakan murtad, dan pengasasnya Theodore Herzl dianggap sebagai seorang yang kafir oleh rabbi ? rabbi di Eropah (sehingga kini masih lagi terdapat kaum Yahudi Ortodoks yang menentang kepulangan Yahudi ke Palestin seprti gerakan Naturei Karta, Samerites dan lain – lain).
5- Berdasarkan fakta penyelidikan dari ahli akademik Yahudi, seperti Arthur Koestler; lebih daripada 80% orang Yahudi hari ini tidak mempunyai kaitan sejarah sedikit pun dengan Palestin. Majoriti besar orang-orang Yahudi sekarang ini sebenarnya berasal dari keturunan al-Khazar (Ashkenazi), iaitu puak Tatar-Turki kuno, yang mendiami bahagian utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang telah memeluk agama Yahudi pada kurun ke-8 Masihi. Oleh itu, sekiranya kaum Yahudi Zionis mendakwa bahawa mereka mempunyai hak untuk kembali ke Negara asal mereka, maka mereka sepatutnya pulang ke Selatan Rusia dan bukannya ke Palestin.
6- Adapun berkenaan dengan dakwaan mereka bahawa Yahudi mempunyai hubungan khas dengan Palestin adalah tidak benar, kerana berdasarkan fakta sejarah, kebanyakkan Bani Israel enggan menyertai kumpulan Nabi Musa a.s. berhijrah ke tanah suci Baitul-Maqdis. (Ini boleh dirujuk kepada old testament yang menjadi rujukan mereka, bagaimana mereka tidak masuk ke dalam kota Baitul maqdis di zaman Nabi Musa A.S : T he Genesis : 46, dan juga The exodus; Deuteronomy : 111).
7- Tambahan lagi, mereka pernah menolak tawaran raja Farsi yang bernama Cyrus untuk kembali ke bumi Palestin dari Babylon sebelum ini.
8- Sepanjang sejarah Palestin sehingga kini, bilangan Yahudi di situ tidak pernah mencapai 40% daripada bilangan penduduk Yahudi di dunia.
9- Yang menarik juga ialah, bapa pertubuhan Zionis dan pengasasnya, Theodore Herzl ketika membawa proposal untuk penubuhan Negara Israel telah mencadangkan Negara ? Negara lain seperti Uganda, Cyprus dan Argentina untuk dijadikan Negara Israel (Erezt Yizrael) dan bukannya Palestin. Ini jelas menunjukkan bahawa penubuhan Negara Israel di Palestin tiadalah kaitannya dengan hak mereka yang diiktiraf oleh agama mahupun sejarah.
10- Peristiwa Isra dan Miraj jelas menjadi bukti kepada kaum muslimin dan juga bukan islam yang juga mengakui kebenaran peristiwa tersebut berdasarkan bukti material bahawa Allah dan para anbiya telah mewariskan Baitul Maqdis, Bumi Palestin dan masjid al-Aqsa kepada Rasulullah S.A.W dan juga kmuslimin kawasan ? kawasan tersebut.
11- Perjanjian Umar “al-‘Ahd al-Umari” (The Covenant of Umar) juga telah menyatakan pengiktirafan kaum Kristian di atas ketuanan kaum muslimin di bumi tersebut, dan terang ? terang mereka meminta Omar jangan membenarkan orang Yahudi tinggal di Baitul Maqdis.