Populariti HAMAS semakin berkembang

Bethelem, Selasa , 12/07/2005 – Satu kaji selidik terbaru yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Mustakbal di Tebing Gaza menunjukkan 51.1% akan mengundi HAMAS dan 21.1% akan mengundi FATAH sekiranya pilihanraya diadakan sekarang.


Sebanyak 71.2% responden berpendapat keputusan PA melambatkan pilihanraya telah disalah tafsir, mengikut kajina tersebut.

Kajian tersebut menunjukkan bahawa 84% yang mengundi menyokong gencatan senjata semasa pengunduran Israel, 66.3% menyokong pandangan pengunduran Israel adalah hasil daripada Intifadha yang dilancarkan, 84.4% menyokong Intifadha terhadap kekejaman Israel dan 69.9% menentang keputusan PA untuk memungut senjata para pejuang Palestin berikutan pengunduran Israel.

Keputusan kaji selidik itu menunjukkan 74% berpendapat bahawa keselamatan mereka dan keluarga mereka tidak terjamin dimana 66.9% tidak berpuas hati cara PA mengendali isu keselamatan dan 67.9% mengatakan PA bertangunggjawab di atas segala kekusutan sedemikian.