Tembok Mengelilingi Baitul Muqaddis

Selasa , 12/07/2005 – Satu sumber bertanggungjawab Hamas, pada hari Isnin memberi amaran bahawa pembinaan tembok pemisah di sekeliling Baitulmaqdis oleh Israel akan memusnahkan gencatan senjata yang dihormati oleh kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin

Sumber tersebut menolak keputusan kabinet Israel yang dianggap menceroboh hak-hak rakyat
Palestin.

“Keputusan Israel itu selari dengan jenayah-jenayah dan pencerobohan berterusan yang akan memusnahkan gencatan senjata. Keputusan itu dibuat pada hari yang sama ulangtahun pertama

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menyatakan bahawa pembinaan tembok tersebut adalah menyalahi undang-undang. Keputusan Israel itu juga dibuat sebagai mengingkari pendapat umum dunia dan sebagai riakbalas kepada kebencian hak-hak asasi manusia yang asas,

Sementelah pembinaan tembok perkauman itu akan memisahkan 55000 penduduk Baitulmaqdis
dari bandar mereka dalam satu pencerobohan yang melampau terhadap rakyat Palestin.” jelas sumber itu di dalam siaran akhbar yang diedarkan kepada media.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan Israel bertanggunjawab terhadap malapetaka yang bakal menimpa disebabkan oleh keputusan prejudis sebegitu.

Sumber Hamas akhirnya mnggesa Negara-negara Arab dan negara-negara Islam yang lain supaya menolak dengan tegas keputusan itu, dan menyokong Palestin serta melakukan apa sahaja yang termampu untuk membantutkan keputusan itu.