Selasa , 12/07/2005 – Kabinet Israel telah meluluskan pada sesi mingguannya Ahad lepas, tembok pemisah di kawasan Jerusalem yang diduduki, yang mana akan memisahkan 55 000 penduduk arab daripada Timur Jerusalem daripada daerah Bandar utama, menurut akhbar berbahasa Hebrew Ha’aretz?.
Akhbar tersebut memetik bahawa tindakan tersebut akan mengakibatkan pemisahan 3,655
kanak-kanak sekolah Palestin, yang kini tinggal di sebelah tembok tersebut yang mana
mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan bas untuk ke sekolah.
Ia memetik kenyataan timbalan Premier Israle, Ehud Olmert sebagai berkata “Pengangkutan seharian akan dikeluarkan bagi membolehkan penduduk yang tinggal di luar tembok tersebut untuk meneruskan kehidupan seperti biasa”
Kerajaan Israel juga meluluskan tindakan untuk menguruskan servis kepada penduduk arab yang akan terus tinggal di sebelah tembok tersebut, dan menegaskan bahawa Omert telah diberikan kuasa oleh kerajaan bagi meninjau persediaan untuk menyediakan servis tersebut.
“Kerajaan telah memutuskan bahawa bermula 1 september, pembinaan tembok tersebut
disekeliling Jersalem akan siap, kesemua daerah Jerusalem dan semua menteri kerajaan
mestilah bersiap sedia dengan servis-servis yang telah dipersetujui. “ujar akhbar tersebut.
Kawasan Shighfat dan Kafr Aqab, rumah bagi kebanyakan penduduk arab Timur akan berada
di luar Jerusalem?(tembok pemisah). Akhbar tersebut, sementara itu menyatakan, bahawa ketua PA, Mahmood Abas, telah mengutuk tindakan tersebut yang mana dilihat akan merosakkan hubungan PA-Israel.
“Meluluskan pembinaan tembok ini di Jerusalem akan mengakhirkan hubungan di antara kedua belah pihak. Tindakan ini tidak akan mempromosikan keamanan dan ia tidak juga akan menolong Israel kearah keselamatan yang lebih baik ” menurut akhbat itu memetik kata-kata Mahmood Abbas.