Hentikan pertemuan dengan Zionis-Israel

Nablus, Selasa , 12/07/2005 – Syeikh Hasan Yusuf, salah seorang pimpinan Hamas menyeru Pemerintah Palestin menghentikan semua pertemuan dengan Zionis-Israel dan mengambil sikap tegas terhadap Zionis-Israel yang akan meneruskan pembangunan tembok di sekitar Al Quds.


Seperti di keluarkan Markaz filistini lili?lam, Syeikh Yusuf menegaskan juga agar negara Arab dan dunia segera mengambil berat isu Palestin bagi menghentikan proses mengisolasi Al Quds.

Dalam masalah pengunduran Yahudi dari Semenanjung Gaza dan sebahagian Tebing Barat, Hamas sudah menegaskan bahawa Zionis-Israel ingin menguasai Tebing Barat dan mempercepatkan pembinaan penempatan bagi menjadi ail Quds terpencil. Yahudisasi dan pembinaan tembok telah menghancurkan pembangunan sosial rakyat Palestin.

Rakyat Palestin tidak akan berdiam diri dan Palestin mempunyai hak yang tidak boleh diganngu oleh sesiapa pun.