Bom London tiada kaitan dengan Tel Aviv

Rabu , 13/07/2005 – Seorang komandan tinggi di Badan Perisikan Zionis-Israel menegaskan bahawa tidak ada hubungan antara letupan bom di London dan letupan di salah satu kafe di Tel Aviv dua tahun lalu.

Menurut radio Zionis-Israel, komandan yang dirahsiakan namanya itu menafikan bahawa kejadian itu mempunyai hubungan dengan peristiwa yang pernah berlaku di Tel Aviv 2 tahun lalu. Satu akhbar harian Jerman menyatakan bahawa agen Israel Mossad di London memperoleh maklumat dan informasi 6 minit sebelum letupan besar itu berlaku.

Akhbar itu turut menyebutkan agen Mossad Israel berusaha mengaitkan antara letupan London dengan letupan di Tel Aviv yang mana menurut mereka kejadian itu dilakukan oleh rakyat Britain. Ini berdasarkan maklumat yang dimiliki oleh Mossad yang mana terdapat persamaan antara bahan letupan yang digunakan dalam kedua-dua kejadian.