Jerusalem, Rabu , 13/07/2005 – Pertubuhan Jihad Islam telah mengaku bertanggungjawab terhadap pengeboman selasa lepas di utara Netanya di Tel Aviv yang mengorbankan 2 penduduk Israel dan mencederakan lebih daripada 30 yang lain.
Pemanggil yang tidak dikenali memberitahu agensi pemberita di Ramallah bahawa pengebom yang syahid berasal dari kawasan Tulkarm menjalankan operasi tersebut untuk membalas dendam terhadap pembunuhan penduduk Palestin baru-baru ini oleh askar penjajah Israel.
Sekurang-kurangnya tiga mayat dijumpai di tempat pengeboman tersebut, di pintu masuk Bandar tersebut termasuk pengebomnya.
Sumber hospital Israel menyatakan bahawa sekurang-kurangnya lima yang tercedera dalam pengeboman tersebut dilaporkan kritikal atau mengalami kecederaan serius.
PA telah mengecam pengeboman tersebut.
Tentera penjajah Israel telah mengadakan tangkapan besar-besaran terhadap penyokong Jihad Islam yang mana dilihat sebagai tindak balas pengeboman Selasa lepas.