Rabu , 13/07/2005 – Keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Israel bagi mempercepatkan pembinaan tembok di sekililing Jerusalem merupakan satu langkah
untuk ‘meyahudikan’ bandaraya tersebut memandangkan negara-negara Islam lain
hanya membisu seribu bahasa di dalam hal ini”, berkata Syeikh Tayseer al-Tamimi,
Ketua Hakim Palestine.
Berucap di majlis perasmian Institut Kemajuan Anak-anak Yatim di Universiti Al-Najah, Tamimi berkata, “Situasi di Jerusalem bertambah kritikal walaupun pelbagai rayuan diajukan kepada negara-negara Arab dan juga negara-negara Islam bagi meraih sokongan. Adapun, rayuan-rayuan yang dibuat tidak mendapat sebarang maklumbalas yang positif”.
Pembinaan tembok yang mengelilingi Jerusalem ini akan mengakibatkan seramai 155,000 penduduk Jerusalem terputus hubungan dengan kawasan berdekatan walaupun Pihak Zionis mendakwa hanya 55,000 orang penduduk yang akan mengalami kesannya. “Perancangan juga dibuat bagi mengambil alih kawasan-kawasan yang berdekatan
bagi melenyapkan identiti Islam-Arab di Bandar Suci berkenaan” tambah beliau.
Syeikh Tayseer juga menyelar PA (Pihak Berkuasa Palestin) kerana tidak menjalankan tanggungjawab sepenuhnya bagi melindungi Masjid al-Aqsa dari ‘pencemaran’ Yahudi ini.
Beliau juga mengutuk perbuatan Israel yang memasang kamera di sekitar Masjid al-Aqsa bertujuan untuk menakut-nakutkan orang-orang Islam yang menunaikan ibadat solat
di masjid tersebut. Ketua Hakim itu turut memberi amaran bahawa sebarang ancaman yang dilaksanakan oleh pihak Zionis-Israel terhadap Tanah Suci Islam itu akan mampu membangkitkan ‘Intifada’ dan kemaraan Umat Islam di seluruh dunia.