Zionis-Israel bakal melancarkan kempen anti-Hamas

Jumaat , 15/07/2005 – Menteri Luar Israel, Silvan Shalom, dijangka melancarkan kempen anti-Hamas dengan membawa usul kempen tersebut ke persidangan antarabangsa. Menurut sumber Kementerian Luar Negeri Israel, kempen tersebut bertujuan untuk membasmi
pergerakan Hamas yang selama ini memperjuangkan kebebasan Palestin daripada jajahan tentera penceroboh.

Sebuah laman web rasmi Yahudi, ‘Yediot Ahronot’ mendedahkan bahawa kempen tersebut sudahpun dimulakan oleh kementerian berkenaan melalui penyerahan terjemahan sebuah wawancara yang diadakan di antara Ketua Pergerakan Hamas,
Dr. Mahmoud Al-Zahhar denganJavier Solana, seorang wartawan akhbar Itali yang juga merupakan koordinator perhubungan asing Kesatuan Eropah.

Kementerian Luar Israel itu mendakwa bahawa di dalam wawancara tersebut, Dr. Mahmoud menyatakan keinginannya untuk melihat Israel dan Amerika Syarikat dimusnahkan. Kementerian terbabit juga dijangka menterjemahkan beberapa lagi kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Hamas untuk diedarkan kepada ahli-ahli politik Eropah.

Dengan tersebarnya kenyataan-kenyataan ini, Kementerian Luar Israel mengharapkan agar
dapat mempengaruhi Kesatuan Eropah untuk memberhentikan segala bentuk hubungan dan
kerjasama dengan Pergerakan Hamas.