Israel Bunuh Pemimpin al Aqsa

Jumaat , 15/07/2005 – Bandar Nablus di Tebing Barat diserang oleh Zionis-Israel. Mereka telah membunuh salah seorang pemimpin al-Aqsa di daerah Rafidia. Pemimpin yang dibunuh ialah Muhammad Shafwat al-Ashi. Seorang rakyat Palestin turut ditangkap dalam kejadian itu.

Menurut saksi, kejadian itu berlaku apabila Shafwat al-Ashi sedang ditemuramah oleh wakil wartawan media Inggeris. Manakala yang ditangkap ialah penterjemah yang datang bersama wartawan itu. Sehingga kini, masih belum ada berita mengenai penterjemah itu.

Serangan ini dilakukan oleh Zionis-Israel dalam membalas serangan bom syahid di Netanya.
Sebelum daripada itu, Zionis-Israel telah melakukan serangan di bandar Tulkarem dan mengenakan larangan keluar bagi penduduk disitu. Dalam kejadian itu dua anggota polis mati(syahid) akibat serangan Zionis-Israel yang dilakukan secara membabi buta.

Akibat daripada itu, Zionis-Israel kembali menguasai Tulkarem setelah sebelumnya bandar itu telah diserahkan kepada pemerintah Palestin, pada 12 Mac 2005 yang lalu, sebagai realisasi kesepakatan Sharm el-Sayikh.