Houston , Selasa , 19/07/2005 – Seorang ahli sains kelahiran Palestin, Dr. Esam Saed Al-Nemer, yang terkenal di dalam
penglibatannya di dalam bidang Sains Angkasa Lepas di Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik
Nasional (NASA) di Houston, Amerika Syarikat telah meninggal dunia di bandaraya berkenaan. Beliau berumur 79.
Esam, yang dilahirkan pada tahun 1926 di Bandar Jenin, di utara Tebing Barat, melanjutkan
pelajarannya ke Utah University, di mana beliau mendapat Ijazah di dalam bidang kejuruteraan
dan Ijazah di dalam bidang Pelan Kuantiti Perkomputeran setelah menamatkan pendidikan
peringkat menengah di Jenin.
Setelah itu, beliau mula berkhidmat di NASA selaku ketua bagi Kumpulan Ujikaji pesawat angkasa lepas Luna. Antara tanggungjawab yang dipikul beliau adalah untuk memberikan kata putus sebelum sesebuah pesawat itu dilancarkan ke angkasa lepas.
Oleh kerana dedikasi dan kecemerlangan yang terdapat pada dirinya, Dr Esam menerima pelbagai Anugerah dan Sijil bagi menghargai jasa-jasanya