Gaza, Selasa , 19/07/2005 – Al Aqsa bukan dan tidak akan menjadi milik Zionis-Israel. Meskipun Zionis-Israel melarang Syaikh Raed Shalah daripada memasuki al-Aqsa selama 4 bulan, pemimpin gerakan Islam Palestin 1948 menegaskan bahawa beliau akan tetap masuk masjid suci umat Islam ini.
Seperti yang dikeluarkan Markaz filistini lili?lam, Syaikh Raed Shalah mengatakan, “saya berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Saya tidak akan teragak-agak atau takut-takut untuk menegaskan bahawa masjid Al Aqsa adalah hak milik umat Islam Arab Palestin yang murni. Zionis-Israel sedikit pun tidak mempunyai hak. Kehadiran Zionis-Israel di al-Aqsa hanya sebagai pengacau yang hanya bergantung kepada kekuatan senjata semata-mata” tegasnya.
Menurut Syaikh Raed lagi, larangan Zionis-Israel ke atas dirinya itu merupakan bukti bahawa masjid Al Aqsa dalam bahaya. Bahaya utama yang mengancam keharmonian dan kesucian al-Aqsa ialah pemerintah Zionis-Israel. Adapun kumpulan-kumplan yang lain seperti Vekam, Revava, Amanat Jabal Haikal hanya merupakan boneka Zionis-Israel terhadap masjid Al Aqsa.
Menjawab pertanyaan wartawan bahawa Gerakan Islam menjadi ancaman bagi Zionis-Israel, Syaikh Raed membalas, sepatutnya politik dan tindakan Zionis-Israel yang berbahaya bagi masyarakat Palestin, bukan kepada Syaikh Raed. Beliau menegaskan, bukankah tanah dan sebuah wakaf kami di Palestin dalam keadaan terancam akibat politik dan tindakan Israel.