HAMAS Mengajak Untuk Bersatu, Kutuk Kenyataan FATAH

Khamis , 21/07/2005 – Gerakan Pejuang Islam, HAMAS, telah menyeru agar semua kumpulan pejuang dan aktivis kebebasan di Palestin untuk bersatu di bawah satu gerakan umum bagi meningkatkan ‘persenjataan’ dan memartabatkan lagi perjuangan di Tanah Suci itu. HAMAS menjelaskan bahawa pertelingkahan dan tembak-menembak yang berlaku di antara kumpulan-kumpulan pejuang adalah satu perkara yang amat membimbangkan.

“Senjata-senjata yang digunakan adalah lumrah kejayaan kami kerana tanpanya, kami lemah dan
menjadi sasaran mudah kepada tentera-tentera Israel. Oleh yang demikian, kami menggesa
semua kumpulan pejuang untuk bersatu agar dapat meningkatkan senjata-senjata perjuangan
dan memartabatkan perjuangan itu sendiri, di ma
na, dengan cara ini sahaja dapat kita
menghapuskan penaklukan Israel ke atas bumi Palestin”, jelas HAMAS di dalam sebuah
kenyataan yang difaksimili ke Pusat Maklumat Palestin (PMP).

“Perjuangan yang suci ini tidak seharusnya dicemari dengan adanya para-para pejuang yang
bertelingkah sesama sendiri atau yang mengkhianati para pejuang yang lain di dalam
mempertahankan Palestin. Senjata orang-orang Palestin, sama ada dari Pihak Berkuasa Palestin
mahupun kumpulan-kumpulan pejuang lain harus ditujukan hanya kepada satu musuh iaitu Israel”,
tambahnya.

Di dalam konteks ini, HAMAS mengutuk kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh FATAH dan meminta badan berkenaan untuk menghentikan kenyataan-kenyataan yang dapat menimbulkan
kemarahan di kalangan kumpulan pejuang demi kebaikan Palestin.