HAMAS : Henti dan Jauhi Konflik

Khamis , 21/07/2005 – Gerakan Hamas memutuskan untuk menjauhi dari semua kegiatan bersenjata dan menegaskan untuk menghentikan semua krisis dan ketegangan di Palestin, kerana konflik bersaudara Palestin tidak perlu diatasi dengan menggunakan senjata.

Ustaz Ismael Haneya, seorang pemimpin Hamas dalam sidang, menyatakan bahawa Hamas begitu komitmen dengan kesatuan nasional dan menjauhi semua perang saudara(internal) serta meminta untuk melakukan referendum nasional yang telus dan jujur.

Beliau menambah lagi, Hamas tidak berada dalam keadaan permusuhan dengan kerajaan Palestin atau Fatah. Apa yang berlaku ialah senjata Hamas akan tetap diarahkan kepada Zionis-Israel. Ini kerana konflik berlaku tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak dalam Palestin.

Haneya menegaskan, dialog dalam mengatasi konflik adalah antara jalan bagi menyelesaikan konflik yang ada di Palestin. Hamas amat berminat untuk mengadakan dialog atau perbincangan bagi merungkai konflik Palestin.

Dalam isu penarikan Zionis-Israel dari Semenanjung Gaza, Hamas meminta pembentukan “Badan Tinggi Nasional” untuk mengawasi penarikan dari Semenanjung Gaza.