Tamimi menafikan mengadakan pesta

Jumaat , 22/07/2005 – Hakim Agung Palestin Taisir al-Tamimi menyatakan kekecewaannya terhadap sebahagian wartawan atas yang melaporkan berita yang beliau sendiri tidak pernah ucapkan. Berita yang tersebar ialah menyatakan pendirian Tamimi yang membolehkan perayaan pesta dansa dan nyanyian di Palestin. Pesta dan nyanyian itu telah mendapat tentangan dari mufti Palestin, Dr. Ikrimah Shabri.

Tamimi yang ketika itu berada di Jordan bagi menghadiri konferens agama. Beliau telah dihubungi oleh laman Islam Online. Beliau ditanyakan hal berkaitan kesenian rakyat Palestin serta merayakan kegembiraan masyarakat Palestin terutama pada musim panas.

Beliau menyatakan bahawa jika perayaan itu tidak ada unsur-unsur maksiat, maka tidak bertentangan dengan syariat Islam. Tamimi turut memberikan contoh kesenian yang dilakukan masyarakat Madinah ketika menyambut Rasulullah dengan mendendangkan Tala?al Badru alaina. Ibnu Hazm rah. pun membolehkan penggunaan muzik dan nyanyian, dengan dalil kisah dua orang hamba sahaya perempuan yang bernyanyi di rumah Rasulullah SAW. Ketika Abu Bakar ra. masuk, ia berkata, seruling syaitan telah masuk di rumah Rasulullah. Maka Rasulullah membantahnya dan mengatakan, biarkanlah wahai Abu Bakar.

Tamimi menyatakan jawapan beliau adalah menurut soalan yang telah diajukan. Beliau juga tidak tahu mengenai perayaan di Qalqilia.