Pejuang Palestin Terselamat Dari Serangan Israel.

Isnin, 25/07/2005 – Beberapa Pejuang Palestin terselamat dari serangan yang dilancarkan oleh Zionis-Israel
di Beit Lahya, utara Semenanjung Gaza pada Sabtu lepas.

Saksi berkata bahawa sebuah pesawat pejuang Israel melancarkan dua roket ke arah
sekumpulan pejuang Palestin yang berada di kawasan perumahan Tal Al-Za’atar, Beit Lahya.
Namun begitu, kesemua pejuang terbabit selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Serangan yang dilancarkan oleh Israel ke atas para pejuang kerap kali berlaku dan baru-baru ini,
enam orang pejuang dari kumpulan Qassam telah terbunuh dalam insiden yang berlaku dua
minggu lepas apabila Israel melancarkan serangan di Semenanjung Gaza dan di Tebing Barat.
Siri serangan ini mencabuli perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak, di mana,
Pihak Berkuasa Palestin dan Israel telah bersetuju untuk menghentikan pertempuran secara bersyarat.