Categories
Berita Semasa

Kem Pelarian baru untuk penduduk Palestin yang dihalau keluar dari Tebing Barat

Isnin, 17/05/2010 – Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza yang diketuai oleh Pergerakan Hamas membuat keputusan untuk membina satu kem pelarian baru diTerminal Erez yang terletak di sempadan Gaza-Israel. Kem itu akan menempatkan penduduk-penduduk Palestin yang dihalau keluar dari Tebing Barat baru-baru ini.

Penduduk-penduduk Palestin itu dihalau keluar dari Tebing Barat yang dijajah rejim Zionis berdasarkan undang-undang baru mereka, nombor 1650 di mana rejim Zionis membenarkan dirinya menghalau keluar penduduk Palestin yang tinggal di Tebing Barat tanpa kad pengenalan diri Tebing Barat atau permit untuk tinggal.

Rejim Zionis mengawal sepenuhnya pengeluaran kad pengenalan dan permit terbabit, oleh itu mereka mempunyai kuasa penuh untuk menolak permohonan untuk mendapatkannya, termasuklah permohonan yang dibuat secara pukal oleh sesebuah keluarga.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  salwa