Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menembak Pekerja Gaza di Rafah

Khamis, 20/05/2010 – Kenderaan tentera rejim Zionis (IOF) yang ditempatkan di sempadan antara Gaza dan tanah dijajah Palestin 48 melepaskan tembakan pada pagi hari Selasa dari senjata mesin terhadap warga Palestin di daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza, sebelah timur Rafah di Gaza selatan.

Menurut agensi berita Safa daripada saksi, IOF dari kenderaan tentera dan menara tentera, yang terletak di sempadan, membuka tembakan terhadap pekerja Palestin yang sedang mengumpul batu hancur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza.

Para saksi mengatakan bahawa tidak ada yang terkorban di kalangan pekerja, namun penembakan itu menyebabkan rasa takut dan panik di antara para pekerja yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyediakan sumber pendapatan dalam keadaan tertekan di Jaluran Gaza kerana sekatan yang berpanjangan.

Puluhan orang pergi setiap hari ke lapangan terbang Gaza dan daerah berhampiran Sufa untuk mengumpul kerikil yang digunakan dalam pembinaan kerana permintaan yang meningkat akibat sekatan Israel terhadap kemasukan bahan mentah bangunan ke Gaza termasuk simen dan kerikil.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen