35 Komandan Palestin Sertai Latihan Bersama Polis Zionis-Israel

Rabu, 27/07/2005 – Radio Zionis-Israel menegaskan, seramai 35 komandan polis Palestin sertai latihan bersama dengan polis Zionis-Israel di Ramalah.


Dalam siaran radio Zionis-Israel menyebutkan, latihan itu diadakan dalam rangka kerjasama antara dua pihak dalam hal-hal berkaitan keamanan.
Latihan bersama itu diadakan di markas polis Zionis-Israel di Bet Eil Ramalah.

Dalam acara latihan tersebut program penerangan maklumat berkenaan proses-proses yang perlu dilakukan dalam proses penarikan penduduk Yahudi yang akan di lakukan.

Sementara itu, penasihat keamanan Palestin, Jibril Rajub mengatakan, pihak pemerintah Palestin meyakini bahawa masa tenang adalah sangat bermanfaat bagi rakyat Palestin dan serangan roket dan peluru ke arah penempatan Israel akan menambah masalah-masalah di Palestin. Jibril menyatakan serangan ke arah Yahudi tidak ada manfaat bagi menyelesaikan masalah di Palestin.