Jumaat, 21/05/2010 – Ezzat al-Rishq, anggota Biro Politik HAMAS berkata satu delegasi HAMAS diketuai oleh ketua Biro Politiknya, Khalid Mesh’al bertemu dengan Presiden Libya, Muammar Gaddafi pada hari Rabu (19/5) di ibunegara, Tripoli. Pertemuan itu turut disertai oleh 2 orang anggota biro tersebut iaitu Sami Khater dan Izzat al-Rishq.
Kedua-dua pihak berbincang tentang perkembangan terkini isu Palestin terutamanya perdamaian nasional dan cara merealisasikannya. Turut dibincangkan ialah sekatan zalim yang dikenakan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan keperluan semua pihak untuk berusaha sedaya upaya bagi memecahkan sekatan, membuka sempadan, membangunkan semula Gaza dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Perbincangan juga turut menyentuh penyelarasan usaha yang mesti dilakukan oleh negara Arab bagi menghadapi cabaran yang terhasil daripada tindakan kerajaan Zionis mengyahudikan bandar al-Quds, peningkatan pembinaan penempatan Yahudi dan tindakan memindahkan rakyat Palestin di Tebing Barat.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir