Naufal hidup dalam keadaan kesulitan di penjara Mesir

Jumaat, 21/05/2010 – Beberapa sumber keselamatan Mesir mendedahkan bahawa seorang warga Palestin, Ayman Naufal, yang berasal dari Gaza dan ditahan di Penjara Mesir sejak beberapa tahun lalu, hidup dalam keadaan yang sukar, kerana penganiayaan yang berat dikenankan keatasnya,malah kehilangan hak-hak asasi baginya (sebagai seorang tahanan).

seorang pegawai keselamatan Mesir berkata, “aku mengetahui tahanan Ayman Naufal selepas nama ini disebut-sebut oleh media, dan aku melihatnya dua kali dibawa kebilik siasatan dengan tangan dan kakinya digari.” Dia menyambung lagi “Apa yang saya dapat tahu tentang Ayman bahawa dia tinggal sendirian selama lebih daripada satu setengah tahun di dalam bilik kurungan penjara Abu Zaabal di Kaherah, dan keluasannya tidak melebihi dua meter persegi. Malah (lebih teruk lagi) tidak ada sumber kemasukan cahaya atau angin (dalam bilik tahanan tersebut) hanya timba besi yang digunakan untuk menunaikan hajat (qada hajat).”

Dia menambah: “Dalam masa enam bulan terakhir ini, Ayman berkongsi keperitan bersama 2 warga Palestin yang lain yang telah ditahan kerana hampir dengan (ideologi) gerakan HAMAS, ditahan di dalam bilik kurungan menyerupai bilik kurungannya (Ayman), di dalam Penjara al-Marj di Kaherah, mereka berdua tidur secara bergilir, kerana keadaan keluasan tempat tahanan tersebut tidak membenarkan kedua-dua mereka tidur pada waktu yang masa.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif