Rejim Zionis Robohkan Rumah Kediaman Palestin

Khamis, 28/07/2005 – Dakwaan bahawa Pihak Israel bercita-cita untuk ‘mengyahudikan’ bandaraya Jerusalem menjadi benar apabila pihak penceroboh memusnahkan sebuah rumah kediaman di perkampungan
Jabal Al-Mukabber, di bahagian selatan bandar
berkenaan.

Rumah yang berkeluasan 120 meter persegi itu dirobohkan dengan bantuan jentolak dan buldozer, sementara pemiliknya, Atef Abu Hassan tidak dapat berbuat apa-apa kerana dihalang tentera penceroboh. Sementara itu, Majlis yang terlibat di dalam projek perancangan dan pembangunan di Jerusalem telahpun meluluskan pembinaan sebanyak
30 unit buah rumah kediaman untuk penduduk-penduduk yahudi di kawasan majoriti Islam itu. Pembinaan rumah-rumah kediaman ini menandakan bahawa Israel berhasrat untuk merubah
struktur demografik bandar berkenaan dengan mmenambahkan bilangan penduduk berbangsa yahudi.

Walaubagaimanapun, seorang pegawai dari majlis tersebut membantah pelan pembangunan itu dengan alasan bahawa ia mampu menghidupkan Intifada Ke-3 sekiranya dilaksanakan. Dalam pada itu, ahli haluan kiri Knesset (parlimen Israel) Ran Cohen,
menyuarakan kebimbangannya kepada Menteri Perumahan Israel, Yitzhak Herzog, berkenaan pelan tersebut dan menggambarkan ia sebagai ‘tong yang berisi bahan letupan dan mampu meletup pada bila-bila masa’ dan mampu mengakibatkan ketegangan politik di peringkat antarabangsa. Kementerian Perumahan Israel menjelaskan bahawa pelan itu disokong oleh pejabat Perdana Menteri Israel dan Datuk Bandar bagi pihak Yahudi di Jerusalem.

Kementerian tersebut juga menjelaskan bahawa pelan itu telah pun diluluskan sebelum Yitzhak Herzog memegang jawatan sebagai Menteri Perumahan Israel.