Jenin : Remaja Palestin Syahid

Khamis, 28/07/2005 – Seorang remaja Palestin, Yousef Al-Hams, gugur syahid sementara 8 lagi cedera apabila tentera Israel menceroboh masuk ke Bandar Jenin pada hari Rabu (27/07/2005).


Yousef, 17 tahun, dikejarkan ke Hospital Rafidiya di Nablus setelah terkena tembakan di kepalanya dan disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital
berkenaan. Penduduk tempatan berkata bahawa puluhan kenderaan tentera Israel memasuki kawasan berkenaan sambil melepaskan tembakan secara rawak ke arah orang ramai.

Sumber tempatan juga menyebut bahawa tentera Israel mengepung sebuah rumah dan
mengarahkan semua penghuninya keluar. Beberapa batang pokok yang berada di kawasan itu ditumbangkan menggunakan jentolak dan dipercayai bahawa rumah tersebut turut dimusnahkan.

Saksi juga melapor bahawa pihak tentera Israel menempatkan beberapa orang penembak tepat di atas rumah-rumah berhampiran dan mengurung penghuninya. Beberapa buah rumah berhampiran juga mengalami kerosakan setelah tentera-tentera penceroboh itu melepaskan tembakan.