Pemuda Palestin di Bunuh Dengan Kejam

Jumaat, 29/07/2005 – Tentera penceroboh Israel Selasa lepas dilaporkan telah membunuh dengan kejam seorang lelaki berusia 30 tahun Moayad Fathi di rumahnya
di perkampungan Shoufa, selatan Tulkarm, di hadapan kedua ibu bapanya dan adik beradiknya.

Mayat as Syahid dibawa di hospital Thabet Thabet di Thulkarm Pemberita tempatan menyatakan bahawa askar telah memecah masuk ke dalam rumah
as Syahid dan menembak lelaki tersebut tanpa memberikan amaran terlebih dahulu
dan menahan adik beradiknya Alaa dan Mazoz.

Penduduk setempat menyatakan bahawa Moayad tidak dikehendaki oleh askar penjajah dan mereka melahirkan rasa kesal di atas tindakan tidak berperi kemanusiaan tersebut.

Sumber askar Israel menyatakan bahawa mangsa adalah aktivis Jihad Islami dan terlibat di dalam rusuhan Netanya.