Jumaat, 29/07/2005 – Pertubuhan Aqsa – badan yang bertanggungjawab di dalam penyelenggaraan tempat-tempat suci Islam di Palestin – telah mengadakan satu majlis khas
untuk anak-anak Palestin yang terlibat di dalam kutipan dana bagi Tabung Anak-anak Aqsa pada hari Khamis (28/07/2005).
Majlis tersebut yang dihadiri orang ramai, bertujuan untuk meraikan kanak-kanak yang terlibat secara langsung di dalam penubuhan tabung ini yang telahpun dilancarkan di Bandar Arara, sebelum ini.
Berucap di majlis tersebut, Sheikh Mohammed Aref, pengarah di UM Al-Faham Fakulti Undang-undang dan Sains Islam, memuji penglibatan anak-anak ini yang mendermakan duit mereka sendiri bagi
tujuan pemulihan dan penyelenggaraan Masjid Suci Al-Aqsa.
Sheikh Aref menekankan bahawa kanak-kanak Palestin harus memainkan peranan mereka di dalam melindungi Masjid Al-Aqsa daripada ‘pencemaran’ puak-puak Yahudi. Di akhir majlis tersebut, hadiah dan cenderahati diberikan kepada kanak-kanak yang hadir.