Categories
Berita Semasa

Forum Media : Penangkapan al-Fakhuri suatu keaiban

Rabu, 26/05/2010 – Forum Media Palestin menyatakan kebimbangannya terhadap penangkapan dan penyeksaan yang berterusan dilakukan oleh pasukan militer Mahmoud Abbas keatas penulis-penulis dan wartawan-wartawan di Tebing Barat dengan menekankan bahawa penangkapan dan penyeksaan tersebut akan meninggalkan kesan dan aib yang buruk ke atas para pelakunya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas dakwaan oleh pasukan yang disebut sebagai “Penyiasat” bagi Mahmoud Abbas di Hebron bertarikh 9/5/2010 keatas Hazim Khuder al-Fakhouri (37 tahun), yang merupakan suami kepada penulis terkenal, Luma Khatir, tanpa ada bukti kukuh atas dakwaan mereka ini mengikut apa yang dinyatakan oleh Badan penyiasatan tersebut, kecuali penulis Luma Khatir menganggapkan penangkapan suaminya ini sebagai tindakan untuk memberi tekanan keatasnya bagi menghentikan segala penulisannya yang menceritakan tentang realiti rakyat Palestin dan analisis beliau terhadap politik, sosial dan Media.

Forum media Palestin dalam sebuah kenyataan pada hari Ahad (23 Mei), bahawa mereka akan memberi sokongan penuh yang terdiri dari wartawan-wartawan, penulis-penulis dan para intelektual kepada penulis Luma Khatir dan ahli keluarganya. Mereka mengutuk tindakan pasukan militer Abbas di Tebing Barat yang melakukan penangkapan terhadap para wartawan dan ahli keluarga terdekat mereka secara tidak sah, dengan menegaskan bahawa para wartawan adalah dianggap sebagai pemacu kebebasan dalam berdepan dengan penjajah Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif