Rabu, 26/05/2010 – Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap rasmi HAMAS menegaskan keyakinannya bahawa armada ‘kebebasan’ yang membawa aktivis asing dan Arab bersama-sama dengan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang dikepung akan tiba dengan selamat. Beliau juga menyifatkan ugutan Zionis mahu menyekat armada tersebut sebagai satu tindakan keganasan yang dilakukan oleh sebuah negara dan sebahagian daripada polisi sekatan yang diamalkannya.
Beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar: “Kami yakin ugutan Zionis bahawa ia akan menyekat armada tersebut akan menemui kegagalan.” Beliau juga menambah: “Kita anggap tindakan mereka sebagai tindakan keganasan yang dilakukan oleh sebuah negara dan sebahagian daripada polisi sekatan yang zalim serta percubaan untuk menghalang usaha untuk memecahkan tembok sekatan Zionis terhadap masyaratakat antarabangsa.
Beliau juga menyeru masyarakat antarabangsa agar menjaga keselamatan para aktivis kerana tindakan mereka hanya mempunyai matlamat kemanusiaan yang mahu memecahkan sekatan tidak adil yang dikenakan. Beliau juga menarik perhatian bahawa pihak Zionis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan aktivis Arab dan asing yang berada dalam rombongan armada tersebut, terutamanya keselamatan tokoh-tokoh politik dan pegawai rasmi.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir