Khamis , 27/05/2010 –Mordechai Vanunu, seorang rakyat Israel yang pernah dipenjarakan selama 18 tahun kerana membocorkan rahsia peralatan untuk menghasilkan senjata nuklear yang terletak di Dimona, dimasukkan lagi ke dalam penjara pada Ahad lepas kerana memohon supaya dibenarkan menjalankan hukuman khidmat masyarakat di kawasan kejiranan penduduk Palestin kerana bimbang dia akan diserang oleh pendatang haram Yahudi yang lain sekiranya dia melakukan kerja sukarelawan di kawasan kejiranan pendatang haram Yahudi.
Sebuah mahkamah rejim Zionis menolak permohonan Vanunu untuk melakukan khidmat masyarakat di kawasan kejiranan bukan pendatang haram Yahudi. Walaupun permohonan itu dibuat kerana kuatir akan keselamatan dirinya, dia dihukum penjara 3 bulan lagi.
Vanunu telah dibebaskan dari penjara sejak 6 tahun lalu, tetapi masih dikenakan hukuman tahanan di rumah. Dia kemudiannya dikenakan hukuman menjalankan khidmat masyarakat kerana bercakap kepada wartawan asing. Rejim Zionis bertungkus-lumus merahsiakan nama Vanunu di Negara-negara Barat. Dalam masa yang sama, kerajaan tejim Zionis terus enggan menandatangani perjanjian Penghasilan Nuklear Tidak Berbahaya dan tidak membenarkan kelengkapan penghasilan senjata nuklear di Dimona dibuka untuk pemeriksaan antarabangsa.