Selasa, 02/08/2005 – Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Zeve Bouim, mengulangi
kenyataannya bahawa Pihak Tentera Israel akan menyerang Semenanjung Gaza sekiranya
tentera-tentera Israel yang berundur dari kawasan berkenaan diserang oleh Pejuang Palestin.
“Sekiranya Pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera kami semasa proses pengunduran, kami akan serang Semenanjung Gaza seperti yang telah kami lakukan di Tebing Barat pada tahun 2002, yang melibatkan jumlah tentera yang besar”, ujar beliau di dalam kenyataannya kepada stesen radio rasmi Israel. Akhbar Ha’aretz melaporkan bahawa Pihak Tentera Israel telahpun membuat perancangan bagi memulakan operasi di beberapa tempat seperti di Beit Lahya, Beit Henon dan Khan Younis untuk
memastikan bahawa kawasan-kawasan tersebut ‘selamat’ dari serangan para pejuang.